KHARTOUM : Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi.
Langkah itu diambil selepas delegasi SAF pada Julai menarik diri daripada rundingan yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi, menurut Agensi Anadolu.
Anggota Sovereign Council Sudan Lef. Jen. Shams Aldin Alkabashi berkata tentera telah menerima jemputan rasmi daripada perantara dan mengesahkan bahawa perbincangan akan disambung semula pada Khamis.
"Rundingan akan dimulakan dengan isu-isu kemanusiaan, termasuk penghantaran bantuan ke zon perang.
"Fasa kedua pula akan melibatkan perbincangan mengenai gencatan senjata manakala fasa terakhir menyentuh isu politik untuk menamatkan perang di negara ini," katanya.
Ribuan orang telah terbunuh manakala ratusan ribu lagi cedera sejak perang antara SAF dan RSF meletus pada 15 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini. - Gambar fail/AP
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.
Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.
Ketua PBB sambut baik perjanjian kemanusiaan antara pihak bertelagah di Sudan
Setiausaha Agung harap deklarasi itu akan dapat memastikan operasi bantuan dapat ditingkatkan dengan pantas dan selamat.